kakak wani kahwin pulak

0c
.
hari selepas ash kahwin, aku ada undangan kahwin kakak hazwani osman - pereka fesyen yang terkenal tu - dekat taiping perak. sorry la sebab aku tak tau nama kakak and abang ipar wani. yang bestnya pasal kakak wani kahwin ni, pada malam sebelumnya, ada insiden terjadi antara aku, hatta, zery, dan beberapa orang lain. sepatutnya bersanding pukul 2 petang, tapi aku, jeff, hatta dan zery bertolak dari kl pukul 11.30 pagi. 2 jam setengah je aku drive sampai taiping. mana tak nya, tekan sampai 150 km/j. minyak isi rm60 masa nak pergi tu habis. tapi masa balik pulak, bawak 100 km/j je, isi rm30, ada satu bar lagi. oleh itu, untuk menjimatkan minyak, bawak lah kereta perlahan-lahan ye.

selamat pengantin baru.

gambar tak banyak. masa kahwin tu pun, hujan lebat.



wedding of the year 2009

ash's wedding

0c
.
14.03.2009, kawan kolej aku, ainul ashikin @ ash kahwin dengan pasangan dia, hakim. tempat dekat jalan eaton, k.l. pagi tu nikah dulu. sanding dalam pukul 2. untuk wedding ni, aku tolong ash carikkan make up artist who is my friend, dwan ismail. ni gambar-gambar kahwin.

ash ni adalah senior aku kat kolej. dia 1st cohort, aku 2nd cohort. tapi disebabkan beberapa 'masalah' yang dihadapi oleh kita berdua, kitorang duduk dalam cohort yang sama, cohort 3. tak sangka pulak dia dah kahwin sebab masa 1st time aku kenal dia, huhuhu, no komen.

selamat pengantin baru and semoga kekal.

pelamin

kedua-dua mempelai

akad nikah

sekali lafaz

bersanding

aku dan irwan, roommate aku dulu masa kat maktab

lepas melantak 3 pinggan

irwan nyanyi lagu anuar zain

geng: pengembaraan bermula

0c


22.02.2009, aku, jeff, hatta, zery, kawan zery, dan adli pergi ke gsc pavilion kl untuk tengok animation 3d buatan malaysia pertama - geng. dah lama aku dengan jeff nak tengok cerita ni sebab ada upin dan ipin.


sinopsis - cerita pasal pengembaraan badrul dan lim nak carik misteri hantu durian yang memakan durian kat dusun durian tok dalang kat kampung durian runtuh pada musim durian. huh, banyak benar duriannya. dalam pengembaraan tu, badrul, lim, kak ros, upin, ipin dan rajoo tersesat dalam hutan dan terjumpa binatang aneh bernama oopet. binatang ni yang sebenarnya memakan durian tu. binatang ni datang dari dimensi yang berbeza dan tersesat ke bumi kita. pada masa yang sama, mereka semua diganggu oleh gergasi yang aneh. apa cerita selanjutnya? tontonlah geng di wayang-wayang yang dekat dengan rumah anda!

watak - ramai orang menganggap watak utama adalah upin dan ipin. sebenarnya salah. mereka hanya watak penampilan khas je. watak utama adalah badrul, tapi yang paling menonjol sekali adalah rajoo sebab dia boleh bercakap dengan binatang.

nilai - penjagaan alam sekitar dan perpaduan antara kaum.


berapa bintang? kalau nak dibandingkan dengan animasi hollywood, memang setaraf. jalan cerita pun sangat menarik. animasi 3d yang mengagumkan. idea penceritaan yang kreatif. penggunaan skrip yang bersahaja dan sesuai dengan kehidupan sebenar masyarakat malaysia. aku bagi 5 bintang. tak sia-sia bayar rm14 nak tengok geng.

p1 w1max

1c


ada satu hari tu, masa aku tengah bawak kereta dekat area rumah aku, aku ternampak la ada banner tergantung dekat tiang lampu. banner p1 wimax. so, masa tu, aku rasa mesti p1 dah ada coverage kat area rumah aku.

then aku cuba la check kat website p1. memang area pudu ulu dah ada wimax. keless... dah lama aku tunggu, since streamyx dah macam lahanat servisnya. sekarang ni pun ada promotion p1, free modem. so aku bergegas la ke lowyat carik p1 punya dealer kat sana. masa registration tak payah bayar apa-apa. cuma masa first bill je kena bayar lebih sikit. maybe dalam rm200. but montly rm89 je.

registration punya proses kejap je. tak sampai 30 minit, dah dapat modem. sampai rumah, tunggu tak sampai 3 jam, dah dapat coverage p1. cepat gila. laju pun laju. yang bestnya, kalau korang suka mengupload gambar, laju gila. tak macam streamyx yang lembab tu.

kalau korang berminat dengan p1, check la website www.p1.com.my

ok lah. itu saja.
z.

tingkap kereta pecah

0c

peristiwa terjadi pada
7 jan 2008 bila aku nak keluar pergi kelas. insiden pecah tu jadi tengah malam, tapi aku sedar kereta aku pecah pagi tu. tingkap depan sebelah passenger kena pecah. barang yang dicuri adalah duit syiling dalam rm5 dengan kad touch and go yang tinggal 30 sen je balance.

tak pasal-pasal, aku kena pasang tingkap baru. hantar kat perodua, rm150. tu pun belum pasang tint lagi. tension!


itu saja.
z.

z-thousand-nine (Z009)

2c

tahun
2008 dah pergi. sekarang tahun 2009 pulak datang. tak seperti tahun-tahun sudah, sambutan tahun 2009 disambut paling sempoi. mana taknya, masa orang lain tengah countdown dekat klcc dan bukit bintang, aku dan j sambut dengan cara paling normal - tidur.

j? siapa j?

j dari depan

j dari belakang

aku kenal dia pasa 26 dec 2008. mula-mula masa kenal tu ingatkan dia sombong. rupa-rupanya manja, baik, comel pulak tu. so aku dan dia pun masing-masing jatuh cinta. kami pilih tarikh 1 jan 2009 sebagai hari kami bergelar pasangan bahagia. hahaha.

cincin kami

lebih kurang pukul 5 pagi 1 jan 2009, kami bangun dari tidur. pada awalnya kami dah janji nak sarungkan cincin pada pukul 12 malam tapi sebab waktu tu kami tidur, terpaksa la kami tunda pukul 5 pagi.

seawal 6 pagi, kami dah bersiap mandi untuk keluar sarapan pagi di bandar tun razak. lepas makan ingatkan nak balik rumah, tapi kereta kami menuju pulak ke taman tasik perdana. kiranya macam dating zaman 70an lah. kat situ, kami jalan-jalan tengok taman, tangkap gambar, dan naik pedal boat, siap bagi angsa makan roti lagi. romantik sangat. hahaha. teringat video klip lagu seiring dan sejalan.

kat tasik perdana

naik pedal boat

water bicycle

candid shot

posing

bagi angsa makan

i love j so much! muah...
z

malaysia international fashion week

0c


for the first time, aku dapat invitation untuk pergi fashion week. thanks to hatta dolmat, pereka fesyen yang terkenal tu (dengar cerita dah menang most popular designer). aku datang untuk bagi sokongan kepada dia dan hazwani osman. fashion week tahun ni dekat the gardens hotel.

nak cerita pasal fesyen ni memang aku tak tau sangat lah. cuma nak bagitau yang hatta dolmat, hazwani osman dan beberapa pereka fesyen lain telah buat showcase untuk bumiputra designers association pada 27 nov 08. memukau. ramai artis jadi muse, antaranya untuk koleksi hatta dolmat: aida aris, nurul, dan fazura; dan untuk koleksi hazwani osman: aishah sinclair. hatta memukau penonton dengan koleksi dark garden yang menampilkan warna hitam dan ungu. hazwani pulak menggoda media dengan koleksi hitam putihnya sehingga salah satu gambar dressnya masuk paper sebesar-besar alam, sebab cantik sangat siap dengan payung sekali (kak she mesti bangga).

barisan designer dan muse untuk bda

barisan penonton penuh sokongan

29 nov 08 pulak, hatta buat showcase untuk ten rising stars pulak. hatta memukau penonton bila dia menerima banyak gift daripada penonton (bunga, teddy bear dan frame gambar). sampai tak cukup tangan hatta nak pegang semua, muse pun terpaksa la pegang.

hatta dolmat dengan muse lily black, hanna elite dan syasya

hatta kat atas runway

rizman ruzaini dengan muse ning baizura

penyanyi berbakat yang memukau penonton

untuk fashion week ni, hatta ada tampilkan satu muse dari singapore yang pernah masuk miss singapore international. syasya. dia datang dengan parents dia. so aku ditugaskan untuk bawak dia and parents dia jalan-jalan sekitar kl.

syasya and parents

malam gala pulak menyaksikan show hebat dan aku mabuk. sebab terlampau banyak minum kat gossip bar, aku mabuk sampai tak ingat dunia. fashion week kitorang akhiri dengan sesi tarian dekat la queen. ni gambar masa gala party...

hatta, rafi, arif, wawan, hazwani

itu sahaja laporan fashion week.
z.

z @ phuket

0c


bulan nov 08 aku pergi phuket thailand dgn kawan aku eddy. dah lama teringin nak pergi phuket, at last dapat jugak aku merasa ke tempat tu. before pergi, ramai kawan tak suggest pergi phuket sebab takut ada rusuhan la, tsunami la... but then aku tetap dgn pendirianku untuk pergi phuket. kitorang bertolak dari kl on 19 nov 08 pukul 10 malam naik bas konsortium sampai ke hatyai. naik bas ke hatyai ambik masa lebih kurang 10 jam. tambang dalam rm50.

ni gambar dalam bas

sampai kat hatyai esok paginya pukul 8 waktu thailand, kami naik van pulak direct ke phuket. tambang dalam rm40. bertolak dari hatyai ke phuket pukul 10 pagi. so kitorang tak sempat pergi pusing-pusing kat hatyai. naik van ke phuket ambik masa 6 jam. perjalanan dalam van sangat meletihkan sebab van tu bawak laju and keadaan van tu sangat tak selesa. tapi apa yang menariknya, walaupun sepanjang jalan tu adalah jalan kampung, keadaannya macam highway. dua lane and jalan luas. kami sampai phuket pukul 4 ptg. dari phuket town pulak, kami amik satu kereta sewa untuk pergi ke patong beach.

kat hatyai, naik tuktuk

kat patong, kami menginap kat club coconut resort kat nanai road. at first, kami ingatkan nanai road tu dekat dengan patong beach. rupa-rupanya agak jauh la. kalau jalan kaki pun ambik masa 30 min. hotel tu bukanlah hotel mewah. budget hotel je, tapi taklah teruk sangat hotel tu. sewa pun tak mahal: untuk 5 hari kami stay, rm300. dapat offer ni kat airasia.com. ni gambar-gambar hotel tu...

ada swimming pool

dari balkoni

bilik kitorang

since dekat sana kami kena berjalan untuk ke pantai, makan dan clubbing, kami sewa motor je. rm20 sehari. ni gambar motor yang kitorang sewa.

motor sewa kitorang yang bawak kitorang pusing-pusing

everything kat phuket harga sangat tinggi sebab kat situ tempat tarikan pelancong. even naik tuktuk nak pergi ke pantai pun diorang charge rm20. makan pun mahal. tomyam gung rm10. kerabu mangga rm8. even nasik putih pun diorang letak harga rm2 sepinggan. so, sekali makan kitorang terpaksa bayar dalam rm25-30. shopping kat sana bukan satu idea bijak. semuanya mahal. tapi apa yang murah kat sana adalah beer. hahaha. kat sana aku minum bagai tak ingat dunia. mana taknya... sebotol beer baru rm5 kat 7e. melantak beer la aku kat sana. ni gambar kitorang makan...

kat connect restaurant... tempat lepak and makan untuk kaum

kat mr good's seafood restaurant

tak sah kalau pergi thailand, tak pergi clubbing. kat sana, club bukak dari pukul 6 ptg sampai 4 pagi. harga beer agak mahal sikit, tapi still can be considered murah. sebotol beer kat club dalam rm9. kami pergi kelab utk kaum kat paradise complex. sangat meriah. ada banyak club. antara yang famous kiss club, agogo bar and boat bar. kami enjoy kiss bar. agogo bar dengan boat bar utk orang-orang yg nak carik moneyboy. yang paling best, di samping ada show dalam club pukul 11 and pukul 1.30, diorang akan buat preview show dalam pukul 10 malam kat tepi jalan untuk menarik pengunjung. ada show lagu hindustan, lagu english, and lagu melayu. sangat wah. and ada satu malam tu, ada sorang mat salleh ni drag and buat show tepi jalan, siap datang dgn mak dia sekali bagi sokongan moral. ada sorang ni pulak, nyanyi lagu melayu kelantan, siap pakai baju melayu lagi...

paradise complex

ada contest

agogo bar

banana club... mix crowd club

emcee kat kiss club

tu lah cerita aku kat phuket. macam-macam lagi nak cerita tapi dah hilang idea pulak. anyway, kami balik pada 24 nov 08. aku balik ke penang dulu naik flight manakala eddy ke bangkok. yang sedihnya, eddy terkandas kat bangkok masa nak balik ke kl sbb ada rusuhan kat airport bangkok. kesian dia.

patong beach

kat patong beach

bangla road: shopping and clubbing spot

longsang beach

patong beach

thanks for reading.
z.

z: my life © 2008 blog design by zulfadlirahim [best viewed with mozilla firefox 3.0.5]